Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Pengenalan

Pengenalan

E-mail Print PDF

“MEMANGGIL mana-mana rakan, di sini NINE WHISKEY TWO HOTEL ALFA VICTOR... Standing by...’”

Mungkin pada pendengar biasa, ini merupakan salah satu daripada panggilan yang dilakukan di radio dua hala polis atau tentera namun bagi yang tidak tahu, sebenarnya panggilan itu boleh dilakukan oleh orang awam.

Semua ini memungkinkan orang awam terutama yang bergiat dalam aktiviti luaran menggunakan komunikasi yang diperlukan antara mereka di kawasan yang tidak mempunyai liputan telefon mudah alih atau sebagainya dan ini dikenali sebagai komunikasi radio amatur.

Berbeza dengan komunikasi radio dua hala komersial termasuk teksi, penunda kereta dan sebagainya, komunikasi radio amatur memerlukan pengendali memiliki lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC - www.mcmc.gov.my

Keperluan penggunaan komunikasi radio amatur ini sebenarnya sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 1952 melalui Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (MARTS) namun sehingga kini hanya kira-kira 2,000 orang pengendali radio amatur yang berjaya memperoleh lesen.

Berbanding di Thailand yang hanya menubuhkan Persatuan Radio Amatur Thailand (RAST) pada 1963, mereka kini mempunyai lebih daripada 10,000 pengendali radio amatur berlesen.

Penggunaan radio amatur ini sebenarnya mempunyai banyak kebaikan tidak hanya terbatas kepada penggemar aktiviti luaran namun, ia juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk berhubung dengan anak-anak.

Yang menariknya, penggunaan radio amatur ini boleh berkomunikasi tanpa memerlukan kos yang tinggi seperti penggunaan telefon mudah alih dan lebih murah tanpa bayaran tambahan.

Apa pun, penggunaan radio amatur ini bukan hanya untuk komunikasi biasa dan bertanya khabar, tetapi kini ia lebih cenderung ke arah komunikasi kecemasan.

Bayangkan apa akan berlaku jika alat komunikasi biasa tidak boleh digunakan ketika terjadinya kemalangan semasa melakukan aktiviti luaran?

Dengan objektif menyediakan perkhidmatan komunikasi secara meluas semasa kecemasan atau bencana inilah maka satu inisiatif diambil untuk menubuhkan KELAB RADIO AMATUR KOMUNIKASI BENCANA TERENGGANU -SQUAD 99 bertujuan untuk berganding bahu bersama pasukan keselamatan yang lain seperti pasukan polis, bomba, hospital dan lain-lain dalam membantu kerajaan menangani segala bentuk bencana sekiranya berlaku. 

Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Skuad 99 adalah terdiri daripada ahli yang memiliki lesen sama ada Kelas A atau Kelas B yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia dan mendaftarkan kepakaran dan peralatan mereka secara sukarela untuk menjalankan tugas-tugas komunikasi dalam perkhidmatan masyarakat semasa berlakukan bencana.

Walau bagaimanapun, mereka yang masih belum memiliki lesen boleh memohon menjadi ahli kelab dan mereka akan dilatih dan diajar untuk mengendalikan radio amatur dan digalakkan menduduki peperiksaan radio amatur yang dianjurkan oleh SKMM.