Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Squad99 Terbit Buku

E-mail Print PDF

Sumber: Sinar Harian

Tok Jembal - Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana Terengganu - Squad 99 kini menerbitkan buku berkaitan kaedah dan peranan dan peranan radio amatur sebagai rujukan kepada individu yang ingin mengambil lesen peralatan telekomunikasi berkenaan.

Presidennya, Amrun Mamat berkata, penerbitan buku sedemikian penting bagi kelab yang menekankan aspek latihan dan kursus tentang teknologi itu.

"Tujuan kita menerbitkan buku berkenaan adalah untuk memberi gambaran lebih jelas mengenai kaedah dan fungsi sebenar penggunaan radio amatur kepada ahli-ahli baharu.

"Itu kerana kita sedar bahawa radio amatur memainkan peranan penting dalam menyediakan komunikasi jika berlaku bencana besar sehingga mengakibatkan perhubungan komunikasi biasa menggunakan telefon terputus," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabat Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana Terengganu - Squad 99 di Tok Jembal, di sini, semalam.

Menurut Amrun lagi, selaku kelab yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kini memiliki seramai 200 ahli di seluruh negeri adalah wajar untuk sentiasa berkongsi kepakaran dan kebolehan dengan masyarakat.

"Saya ingin menyeru kepada masyarakat untuk mengambil inisiatif menyertai kelab radio amatur serta memiliki sekurangnya satu radio bagi sebuah keluarga sebagai persediaan jika berlaku bencana besar.

"Kita perlu mengambil iktibar dengan bencana banjir besar yang pernah melanda Kelantan dan Kemaman, Terengganu sebelum ini hingga mengakibatkan perhubungan telefon terputus.

"Ketika itu radio amatur menjadi peralatan komunikasi tunggal untuk berhubung di kawasan yang terjejas teruk," katanya.