Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Persedian KomunikasiSemasa Bencana

E-mail Print PDF

Tok Jembal- Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana -Squad 99 akan menganjurkan Kembara Ilmiah dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kelab Radio Amatur Politeknik Muadzam Shah, Pahang pada Khamis ini di Kuala Terengganu Golf, di sini.

Presidennya, Amrun Mamat berkata, program berkonsepkan lawatan sambil belajar itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar persediaan komunikasi sekiranya berlaku bencana besar.

"Semasa lawatan pelajar itu nanti, pihak kami juga akan memberi taklimat tentang komunikasi bencana, amali perhubungan menggunakan radio, asas amatur satelit dan sebagainya.

"Tujuan kita adalah untuk memastikan lebih ramai masyarakat terutamanya ahli kelab didedahkan dengan ilmu teknologi komunikasi.

"Ini kerana kita tidak tahu bila akan berlaku bencana besar dan kemungkinan semua hubungan komunikasi terputus.

"Dengan adanya pendedahan sebegini masyarakat akan sedar bahawa masih ada alternatif lain untuk kita berkomunikasi jika berlakunya sesuatu bencana nanti," katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, selaku kelab yang menekankan aspek latihan dan kursus tentang teknologi komunikasi ini penganjuran program sedemikian begitu tepat.

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik.