Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Notis Makluman Penggunaan Peringkat Amaran WASPADA, BURUK Dan BAHAYA Bagi Amaran Hujan Lebat Berterusan

E-mail Print PDF

Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) melalui surat bertarikh 17 November 2017 telah menukar peringkat amaran hujan lebat berterusan Kuning, Jingga dan Merah yang digunakan sebelum ini kepada peringkat Waspada, Buruk dan Bahaya. Penukaran ini adalah usaha MMD dalam meningkatkan keberkesanan Amaran Hujan Lebat Berterusan.

Penggunaan peringkat amaran baru ini adalah berkuatkuasa mulai 16 November 2017.

Kriteria pengeluaran Amaran Hujan Lebat Berterusan yang baru adalah seperti berikut:

Peringkat Amaran

Kriteria

WASPADA
  • Pemantauan menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dalam tempoh 1 hingga 3 hari lagi;
    ATAU

 

  • Hujan berterusan sedang berlaku tetapi belum mencapai tahap hujan lebat berterusan.
 

BURUK

 

  • Dijangka mencapai tahap hujan lebat berterusan.
 

BAHAYA

 

  • Dijangka mencapai tahap hujan lebat berterusan dengan jumlah hujan melebihi 240mm/hari.

Takrifan:
Hujan Lebat Berterusan – Hujan yang sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dengan jangkaan jumlah hujan terkumpul sekurang-kurangnya 60mm dalam tempoh tersebut.

Sehubungan dengan itu, semua Pusat Operasi Bencana Peringkat Negeri dan Daerah dimohon untuk mengambil perhatian dengan penggunaan amaran yang terkini dan sentiasa peka dengan notis amaran kesiapsiagaan operasi bencana yang dikeluarkan oleh NDCC.

Sekian, terima kasih.

Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC)
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
25 November 2017