Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Tumpahan Kimia

E-mail Print PDF

Bagi mengelakkan kemalangan bahan kimia, ambil langkah-langkah berikut: 

  • Buat senarai kemungkinan bahaya kemalangan kimia di rumah anda

  • Pastikan setiap satu bahan kimia ini jauh daripada kanak-kanak

  • Periksa semua bekas tidak bocor dan ditutup rapat. Sesetengah bahan kimia boleh mengeluarkan asap berbahaya ke dalam udara

  • Jangan letak bahan kimia yang tidak serasi bersebelahan antara satu sama lain. Mereka boleh tercampur lalu menjadi asap atau api

Apabila diarah untuk mengosongkan bangunan sewaktu kecemasan bahan kimia: 

  • Tinggalkan rumah anda serta merta. Jika ada masa, tutup semua pintu dan tingkap. Juga tutup kipas angin, penyaman udara, air, gas dan elektrik

  • Jika memandu ke suatu destinasi, pandu ikut jalan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa

Jika diarah tinggal di dalam rumah: 

  • Kunci semua pintu dan tingkap. guna pita pelekat untuk menutup lubang seperti di bawah pintu

  • Tutup kipas angin dan penyaman udara

  • Pindah ke bilik di tengah-tengah rumah anda dan di tingkat lebih tinggi. Kadang kala kesan kimia dan biologi boleh masuk ke dalam rumah tetapi akan jatuh dan tetap di paras bawah

  • Jika kesan berbahaya bahan kimia masuk ke dalam rumah, tutup hidung dan mulut anda dengan kain lembab

  • Jangan keluar sehingga diarahkan oleh pihak berkuasa.