Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Letupan

E-mail Print PDF

Jika bangunan yang anda diami runtuh atau terdapat letupan, berikut adalah tindakan yang boleh anda ambil: 

 

  • Tinggalkan tempat tersebut serta merta

  • Bertenang

  • Jangan guna lif. Tenaga elektrik mungkin akan terputus dan anda akan terperangkap

  • Bawa sekali kit kecemasan jika anda ada masa

  • Jika anda tidak boleh keluar dari bangunan, berlindung di bawah apa-apa perabut seperti meja

 Jika anda terperangkap oleh timbunan sisa serpihan, berikut adalah panduan untuk selamatkan diri:  

  • Jangan cuba bergerak terlalu banyak dan kerap. Anda mungkin akan tertendang habuk dengan banyak, ini akan menyukarkan anda bernafas

  • Tutup mulut dan hidung anda dengan kain untuk mengelak daripada menyedut habuk dan asap berbahaya

  • Untuk memberitahu penyelamat tentang lokasi anda, ketuk paip atau dinding. Elakkan daripada menjerit kerana ini akan menyebabkan anda tersedut habuk berbahaya

  • Jika anda mempunyai lampu suluh, gunakan ia untuk melihat dan memberitahu penyelamat di mana anda berada