DSP Shaikh Abdul Adzis b. Shaikh Abdullah 2004
PENDAHULUAN
Krisis adalah suatu masalah global yang boleh berlaku dimana-mana pada
bila-bila masa tanpa dapat dijangka. Jika sesuatu krisis gagal ditangani
dengan efektif dan sistematik ianya boleh mencetuskan suatu impak terhadap
keselamatan dan ketenteraman awam.
Pengurusan krisis yang efektif memerlukan
komitmen yang menyeluruh dari semua pihak yang terlibat di setiap peringkat.
Tanggungjawab polis di dalam apa-apa jua kejadian bencana/krisis adalah
untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda, mengekalkan undang-undang dan
peraturan. Seterusnya memberi apa juga bentuk bantuan dan keperluan kepada
Jawatankuasa bantuan bencana/krisis.
OBJEKTIF KAJIAN
Objekif kajian ini antara lain:-
· Memastikan perlaksanaan serta pelan tindakan oleh Polis Di Raja Malaysia
dan agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan krisis (bencana)
berdasarkan garis panduan MKN No. 20.
· Mengenalpasti punca kegagalan dalam pengurusan krisis bencana.
· Mengemukakan syor penambahbaikan pengurusan krisis bencana.
DEFINISI PENGURUSAN KRISIS
Wujud beberapa takrif yang berbeza mengenai definisi krisis. Ianya
bergantung kepada jenis dan bentuk situasi serta respon yang perlu diambil.
Holsti, K.J. (1986) mentakrifkan “A crisis can be defined as any unplanned
event, occurence or sequence of events that has a specific undesirable
consequences” Hermann, C. (1972) pula mendefinasikan konflik sebagai “ a
crisis is a situation that (i) threatens high priority goals of the decision
making unit, (ii) restricts the amount of time available for reponse before
the decision is transformed, and (iii) suprise the members of the decision
making unit by its occurence”
Davies (1977) pula menyatakan “konflik merupakan warisan kehidupan sosial
yang boleh berlaku dalam pelbagai keadaan akibat daripada berbangkitnya
keadaan ketidaksetujuan, kontroversi dan pertentangan di antara dua atau
lebih pihak secara berterusan”.
Pearson (1997) mentakrifkan “ Crisis management is a mindset and process
that, on daily basis, drives and organization’s decision and actions. The
goal of crisis management is to help organizations avert crisis or more
effectively managed those that do occur. To achieve this goal the
organization’s senior executives must actively endorse and participate in
crisis management efforts even prior to signals of an impending crisis”
PUNCA KRISIS
Terdapat beberapa punca yang dikenalpasti boleh mencetuskan krisis,
punca-punca ini jika gagal ditangani akan menyebabkan berlakunya konflik.
(a) Persaingan sumber yang terhad
Di dalam sesabuah organisasi sering berlaku persaingan untuk mendapatkan
pengagihan sumber-sumber seperti jawatan, kewangan, kelengkapan pejabat dan
kelengkpan peribadi bagi memenuhi kehendak jabatan masing-masing. Namun
sumber-sumber tersebut adalah terhad. Akibatnya berlaku ketidakpuasan hati
dan ketidakadilan dalam pengagihan sumber tersebut apabila masing-masing
mengutamakan kepentingan sendiri dari mencapai matlamat operasi
keseluruhannya.
(b) Persandaran Tugas
Persandaran tugas memerlukan individu atau unit lain untuk membantu
menyelesaikan sesuatu tugas yang memerlukan kerjasama dan persefahaman
antara pihak-pihak terlib. Kerjasama tersebut diperlukan untuk mendapatkan
hasil kerja yang lebih efektif dan berkualiti. Apabila kerjasama yang
diharapkan tidak seperti yang dikehendaki oleh pihak yang berkerjasama ia
mungkin melahirkan rasa tidak puas hati. Pergolakan konflik antara
pihak-pihak tersebut menjejaskan kerjasama dimasa hadapan dan ini merugikan
organisasi.
(c) Ketidakjelasan Tanggungjawab dan Kuasa
Dalam organisasi terdapat petugas yang masih samar dalam menjalankan
tugasnya dan mengharapkan orang lain melakukan tugas tersebut. Apabila
timbul masalah dalam penyelesaian tugas, pergeseran antara petugas akan
berlaku. Ketidakjelasan tanggungjawab antara petugas akan menyebabkan
kegagalan pencapian sesuatu matlamat. Selain itu wujud juga konflik dalam
pemusatan dan pembahagian kuasa antara jabatan. Pemusatan kuasa bermaksud
individu yang diberi kuasa (authority) membuat keputusan untuk semua
jabatan.
(d) Kekurangan Maklumat
Masalah kekurangan maklumat selalu terjadi dalam sesebuah organisasi. Ini
kerana komunikasi yang lemah antara jabatan atau individu yang gagal
menguruskan maklumat tersebut. Pengurusan maklumat yang lemah menjejaskan
mutu kerja dan akhirnya gagal mencapai matlamat yang di tetapkan. Apabila
berlaku kegagalan tersebut konflik yang telah pun terjadi akan menjadi lebih
buruk dalam hubungan antara jabatan.
(e) Matlamat Yang Berbeza
Kebiasaannya berlaku perbezaan matlamat di antara jabatan kerana organisasi
tertentu mempunyai agenda tersendiri. Konflik juga boleh berlaku di antara
individu dan kumpulan. Perbezaan tersebut berlaku kerana latarbelakang dan
pemikiran yang berbeza antara petugas.
STRATEGI MENGATASI KONFLIK
Terdapat lima strategi atau teknik yang boleh digunakan dalam menyelesaikan
konflik yang berlaku sebagaimana model berikut
Rujukan: www.intanbk.my
(a) Strategi Persaingan
Strategi persaingan selalunya digunakan untuk mengalahkan pihak lawan dan ia
mewujudkan situasi menang kalah kerana kedua-dua pihak yang berkonflik
bersaing untuk mencapai matlamat masing-masing. Keadaan ini berlaku dalam
kumpulan yang kurang mementingkan perpaduan dan lebih mengutamakan
pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
(b) Strategi Pengelakan
Isu-isu konflik dipendamkan atau tidak diendahkan buat sementara waktu untuk
mengumpulkan maklumat dan menganalisis masalah yang berlaku. Ahli kumpulan
cuba mengelak tercetusnya perbalahan kerana perpaduan pasukan yang rendah
dan keinginan untuk mencapai matlamat adalah rendah.
(c) Strategi Kompromi
Strategi kompromi menggunakan teknik arbitrasi (rundingan dan tawar
menawar). Strategi ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak yang berkonflik
daripada penyelesaian yang dilakukan. Kedua-dua pihak terpaksa mengorbankan
kepentingan masing-masing untuk menerima faedah bersama yang telah
dipersetujui. Kebiasaannya teknik ini melalui proses penyelesaian dengan
melibatkan orang ketiga (mediator yang menjadi kepercayaan kedua-dua pihak).
(d) Strategi Penyesuaian
Strategi penyesuaian biasanya bermatlamat untuk memelihara perhubungan dan
kedudukan, ingin mendapatkan kerjasama dan menyelesaikan konflik dengan
cepat. Sesetengah ahli kumpulan akan mengalah kepada pihak yang lebih
dominan kerana keadaan perpaduan kumpulan yang tinggi. Teknik ini hanya
memuaskan sebelah pihak sahaja dan lazimnya digunakan oleh pihak yang
berkuasa.
(e) Strategi Pemuafakatan
Dalam teknik ini, kedua-dua pihak mencapai matlamat masing-masing dalam
situasi menang-menang. Sikap bertolak ansur dan mementingkan pencapaian
matlamat serta perpaduan pasukan menjadi keutamaan.
PENGURUSAN BENCANA
Bencana alam ditakrifkan sebagai suatu kejadian yang berlaku secara
mengejut, dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda
atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Kejadian
ini memerlukan pengendalian sumber, peralatan, kelengkapan dan tenaga
manusia daripada agensi-agensi serta enyelarasan yang berkesan.
ARAHAN BERKAITAN PENGURUSAN BENCANA
Dalam konteks pengurusan konflik bencana di Malaysia, satu arahan khusus
berkaitan dengannya telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM)
sebagaimana ARAHAN MKN No.20 ( Sila lihat Lampiran A). Tujuan Arahan ini
ialah untuk menggariskan satu Dasar Pengurusan dan bantuan bencana di darat
mengikut tahap bencana dan mewujudkan satu mekanisma pengurusan yang
menentukan peranan serta tanggungjawab agensi-agensi yang terlibat semasa
bertindak menangani sesuatu bencana yang berlaku.
Disamping itu juga pihak Majlis Tindakan Bencana Negara (MTBN) melalui “
Peraturan Tetap Operasi Bencana Banjir” turut menggariskan Sistem pengurusan
bersepadu bagi menyelras tindakan bersama semua agensi-agensi yang terlibat
dalam pengurusan sesuatu kejadian bencana. Tindakan bersama dalam mewujudkan
hubungan yang harmoni dikalangan agensi-agensi terlibat untuk menangani
serta memulihkan keadaan kembali kepada sediakala (normalcy).
Selari dengan PTKPN B 110 (Sila lihat Lampiran B) semua Pegawai Pemerintah
hendaklah menyediakan Perintah Tetap Gerakan Banjir masing-masing mengikut
kesesuaian tempat.
Amnya objektif umum pelan tindakan bencana yang dijalankan bertujuan:-
· Untuk menyelamatkan nyawa
· Mencegah bencana dari merebak
· Memberi bantuan dan pemulihan kepada mangsa
· Memelihara harta benda daripada kemusnahan
· Memelihara keadaan alam sekitar
· Memulih keadaan dengan secepat mungkin
BENCANA BANJIR
Fokus kajian tertumpu kepada bencana banjir yang sering melanda negara ini
terutamanya dimusim tengkujuh. Akibatnya banyak kawasan-kawasan rendah
ditenggelami air dan mengakibatkan kerosakan serta kemusnahan harta benda
dan turut mengorbankan nyawa manusia. Banjir yang melanda Malaysia boleh
dikategorikan kepada banjir kilat/ribut tropika dan banjir monsun. Banjir
kilat biasanya berlaku di kawasan pembangunan yang tidak mempunyai sistem
saliran yang mampu menanggung jumlah air yang banyak secara tiba-tiba.
Banjir ini biasanya surut dalam masa yang singkat.
Banjir musim tengkujuh biasanya berlaku semasa angin monsun timur laut dari
bulan November hingga Mac diikuti angin monsun peralihan dari bulan
September hingga Oktober. Kawasan yang sering dilanda banjir ialah di pantai
timur Semenanjung Malaysia, bahagian barat Sarawak serta pantai timur Sabah.
Bagi membantu mangsa banjir, maka kerjasama dan tindakan bersepadu dari
agensi kerajaan, badan sukarela dan pihak swasta serta orang awam perlu
digembelingkan dan diselaraskan. Sehubungan itu, Peraturan Tetap Operasi
(PTO) dilaksanakan.
LANGKAH-LANGKAH AWAL PENCEGAHAN
Bagi menangani permasalahan banjir, langkah-langkah awal perlu diambil
seperti berikut:-
· Langkah struktur yang melibatkan program seperti penebatan banjir,
pembinaan empangan, menyalur sungai dan memperbaiki sistem saliran,
meninggikan tebing sungai, membina benteng pemecah ombak, kolam takungan
(retention ponds) dan lain-lain.
· Langkah bukan struktur melibatkan ramalan dan amaran banjir yang dibuat
berdasarkan kepada maklumat kelebatan hujan dan aras air sungai.
· Bagi langkah pencegahan bukan struktur, Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca
Malaysia (PKM) perlu menyediakan ramalan angin dan kelebatan hujan serta
amaran banjir bagi membuat persediaan dan memberi amaran awal kepada orang
ramai.
PERSIAPAN LOGISTIK
Persiapan ke arah penyediaan bantuan logistik dan bantuan kebajikan perlu
dibuat lebih awal lagi. Persediaan ini merangkumi perkara-perkara asas
seperti
(a) Pusat pemindahan sementara (biasanya sekolah atau
dewan orang ramai.
(b) Penyediaan makan-minum serta pakaian
(c) Pemeriksaan kesihatan dari penyakit berjangkit
(d) Kemudahan pengangkutan seperti bot, enjin, minyak
dan jaket keselamatan
(e) lori tentera/polis bagi membantu membawa mangsa
banjir ke pusat pemindahan.
Disamping itu, pihak polis dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan maklumat
banjir kepada orang awam bagi memberi nasihat kepada pengguna jalanraya
mengenai banjir yang akan ditempuhi serta mencadangkan laluan alternatif.
PUSAT PEMINDAHAN
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dipertanggungjawabkan bagi mengenalpasti
pusat-pusat pemindahan banjir bagi memudahkan urusan pemindahan. Sekiranya
bangunan-bangunan dikenalpasti itu adalah milik persendirian atau di bawah
tanggungjawab agensi lain, maka kebenaran hendaklah terlebih dahulu perlu
diperolehi. Bangunan mempunyai ruangan yang mencukupi dan selamat untuk
digunakan.
Pihak polis dikehendaki mengawasi dan menentukan keselamatan mangsa banjir
di pusat-pusat pemindahan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak
diingini berlaku seperti kecurian dan pergaduhan merebut bantuan yang
dihulurkan.
BILIK GERAKAN BANJIR POLIS
Bilik gerakan banjir (daerah) hendaklah mula digerakan sebaik sahaja
menerima maklumat dari orang awam, anggota polis yang bertugas ataupun dari
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Maklumat-maklumat berikut perlu
diperolehi untuk menjadi rujukan dan panduan lokasi bencana banjir,
merangkumi perkra-perkara berikut:-
(a) Grid reference (GR)
(b) Nama bandar/bandar-bandar atau kampung yang terlibat
(c) Sukatan paras air sungai
(d) Jumlah kehilang nyawa (jika ada)
(e) Kerosakan hartabenda
(f) Pemindahan penduduk-penduduk
(g) Langkah-langkah pemindahan yang sedia ada atau yang akan
dilakukan
(h) Butir-butir pertolongan yang perlu (jika ada) dari luar, seperti
keanggotaan, dan bot-bot penyelamat.
Maklumat banjir ini perlu dimaklumkan kepada Pusat Kawalan Kontinjen (CCC)
dan seterusnya laporan ini hendaklah disalurkan ke Pusat Kawalan Malaysia
(MCC). Laporan perkembangan banjir hendaklah dimajukan secara berkala
sekurang-kurangnya dalam tempoh 4 jam sekali. Semasa berlakunya banjir,
Ketua Polis Daerah (KPD) akan bertindak sebagai “Pegawai Medan” dan
bertanggungjawab kepada Pegawai Daerah (DO). Antara tugas-tugas KPD semasa
operasi tersebut: