Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Cara Menggunakan Radio Ham Anda Semasa Bencana

E-mail Print PDF

Oleh: H. Ward Silver

Anda berharap ia tidak akan berlaku, tetapi bagaimana jika kedaan menjadi semakin buruk? Yang pastinya setiap bencana adalah berbeza, oleh itu beberapa prosedur adalah perlu untuk diikuti. Berikut adalah beberapa prinsip yang kukuh untuk diiikuti yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Radio Amatur Bencana.

Apabila berlaku bencana, lakukan seperti berikut:

1. Pastikan diri anda, keluarga dan harta benda anda berada dalam keadaan selamat sebelum anda menyahut atau menawarkan diri sebagai sukarelawan komunikasi bencana.

2. Ikuti frekuensi bencana utama anda.

3. Ikuti arahan yang anda terima dari bilik gerakan atau dari lain-lain pegawai kecemasan di frekuensi.

Melapor diri setiap kali masuk bertugas atau keluar dari bertugas.

4. Hubungi ketua komunikasi bencana tempatan atau sesiapa sahaja yang diamanahkan memimpin untuk menerima arahan seterusnya.

Tumpukan perhatian anda dan ikuti apa yang telah diajar semasa kursus agar anda benar-benar dapat menolong dan bukannya menambahkan masalah dalam situasi bencana.

Laporkan setiap kemalangan atau sebarang kejadian

Melaporkan kemalangan adalah satu tindakan biasa dan mudah. Sesiapa yang menghabiskan masa memandu boleh melaporkan kemalangan sama ada kepada pihak polis, bomba atau ambulan. Anda boleh menggunakan radio amatur untuk melaporkan satu-satu kemalangan, kereta rosak, dan kebakaran. Jangan menganggap bahawa orang yang mempunyai telefon bimbit telah melakukannya. Ketahuilah cara untuk melaporkan sesuatu kejadian dengan cepat dan jelas.

Apabila anda berhadapan dengan situasi kecemasan untuk dilaporkan, ikutilah kaedah ini:

1. Buka radio anda kepada kuasa yang tinggi dan sebutkan "Break" atau "Break Emergency" pada peluang pertama.

Jika satu-saru stesyen itu lemah, isyarat yang lebih tinggi akan boleh mendapatkan perhatian mana-mana stesyen yang mendengar. Jangalah takut atau malu untuk mengganggu perbualan yang sedang berlangsung. 

2. Selepas anda dapat menguasai pengulang (repeater) atau frekuensi yang dikosongkan, nyatakan dengan jelas bahawa anda ingin melaporkan satu kemalangan.   

3. Laporkan kejadian tersebut dengan jelas dan tepat.

Jika anda gagal untuk menghubungi pihak yang bertanggungjawab, minta tolonglah daripada pengguna radio amatur yang lain untuk menghubungi mereka bagi pihak anda. Anda boleh meminta pertolongan mereka untuk menghubungi 999. Dalam keadaan ini, laporkan dengan tepat dan jelas dan tunggulah di frekuensi sehingga anda diberitahu bahawa laporantelah dibuat dan sempurna.

4. Dial 999 dan apabila operator memberi tindakbalas, nyatakan nama anda dan anda membuat laporan kecemasan menggunakan radio amatur.

5. Dari situ ikuti arahan operator.

Jika operator meminta anda tunggu ditalian, tunggulah dan minta pengguna pengulang yang lain untuk bersedia di jaluran.

6. Apabila operator selesai, laporkan di pengulang bahawa laporan kecemasan anda telah selesai dan pengulang dikosongkan.

Sama ada anda melaporkan terus dari pengulang atau melalui pengguna lain, anda perlu memberi penerangan yang jelas dan tepat. Contohnya, untuk melaporkan kemalangan kereta, anda patut tahu: 

  • Nama Jalan atau lebuhraya

  • Alamat atau penanda kilometer yang tepat.

  • Arah atau laluan kemalangan tersebut berlaku.

  • Sama ada kemalangan tersebut menghalang lalu lintas yang lain.

  • Keadaan kecederaan

  • Sama ada kenderaan tersebut terbakar, berasap atau berlaku tumpahan minyak

Begitu juga jika anda melaporkan kebakaran atau lain-lain kecemasan. Penerima laporan anda mahu mengentau dimana kejadian tersebut berlaku dan adakan ianya serius. Jangan meneka jika sekiranya anda tidak mengetahuinya dengan tepat! Lapor apa yang anda tahu sahaja dan jangan menambah cerita.

Membuat dan menjawab panggilan kecemasan

Sebelum berlaku kecemasan, pastikan anda tahu cara membuat panggilan kecemasan melalui frekuensi di mana ramai rakan-rakan ham yang lain sedang mendengar. Sekurang-kurangnya simpan salah satu daripada frekuensi kecemasan ini ke dalam memori radio anda. Sesiapa sahaja, sama ada berlesen atau tidak boleh menggunakan peralatan radio anda semasa berlaku kecemasan. Anda tidak mempunyai masa yang panjang untuk melihat buku panduan semasa berlaku kecemasan. Lakukan perkara berikut semasa membuat panggilan kecemasan.

  • Jika sekiranya anda memerlukan bantuan kecemasan segera, sebuat MAYDAY adalah sebutan terbaik dan Kod Morse terbaik adalah SOS (Ya, seperti dalam filem). 

    Mayday akan berbunyi seperti ini: "MAYDAY, MAYDAY, MAYDAY, disini [call sign anda]" diikuti oleh:

• Lokasi anda (latitude/longitude) atau alamat berlakunya kecemasan

• Bentuk kecemasan yang berlaku

• Apakah bentuk bantuan yang anda perlukan - sama ada perubatan atau bantuan pengangkutan. 

  • Ulangi pancaran kecemasan anda dan call sign anda selama beberapa minit atau sehingga anda mendapat jawapan. Walaupun anda tidak mendengar jawapan, pendengar lain mungkin mendengar anda.

  • Cuba frekuensi lain jika anda tidak mendapat jawapan. Jika anda berhajat untuk menukar frekuensi, umumkan frekuensi mana anda akan bertukar agar sesiapa yang mendengar boleh mengikuti anda.

Jika anda mendengar isyarat kecemasan di udara:

  • Segelalah mencari sesuatu untuk merakamkannya. Catatkan masa dan frekuensi panggilan tersebut. Untuk membantu pihak berkuasa menyegerakan bantuan, catatkan maklumat berikut:

• Lokasi (latitude/longitude) atau alamat berlakunya kecemasan

• Bentuk kecemasan yang berlaku

• Apakah bentuk bantuan yang mereka perlukan - sama ada perubatan atau bantuan pengangkutan. 

• Lain-lain maklumat yang dapat membantu

  • Menjawab panggilan kecemasan. katakan "[Nyatakan call sign pemanggil], disini [call sign anda]. Saya mendengar panggilan kecemasan anda. Apakah situasi anda?" 

    Menggunakan Kod Morse, anda menghantar "[call sign pemanggil] DE [call sign anda] RRR WAT UR INFO?" atau sesuatu seumpamanya. Biarlah pemanggil kecemasan mengnali siapa anda dan anda mendengar panggilan mereka.

  • Selepas anda menerima laporan penuh darinya, mintalah pemanggil menunggu di frekuensi.

  • Panggilkan agensi awam yang berkenaan atau nombor kecemasan seperti 999. Ikutilah arahan dari pegawai yang menerima panggilan anda. Beliau mungkin akan meminta anda menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat kepada pemanggil kecemasan tersebut.

  • Laporkan kembali kepada pemanggil kecemasan tentang apa yang berlaku dan arahan dari pegawai kecemasan yang menerima laporan anda. Beritahu kepada mereka siapa yang telah anda hubungi dan apa-apa maklumat yang perlu disampaikan kepada beliau.

  • Tunggu di frekuensi selagi kedua-dua mereka memerlukan bantuan anda. 

Sokonglah komunikasi bencana diluar kawasan anda

Apa yang akan anda lakukan sekiranya situasi bencana atau kecemasan berlaku diluar kawasan anda? Bagaimanakan anda boleh membantunya? Tindakan terbaik yang anda boleh lakukan ialah bersiap sedia untuk membolehkan anda menjadi petugas komunikasi di tapak kejadian, tetapi itupun sekiranya anda dipanggil untuk membantu. Kerana kebanyakan maklumat penting dari bencana tersebut akan tersalur keluar, bukannya ke dalam, anda mungkin tidak mahu mengganggu.

Jika satu-satu bencana berlaku di Miami, anda memasuki frekuensi dan memanggil, "CQ Miami!" adalah satu tindakan yang bodoh. Peluang anda untuk membantu adalah amat minimal dan tindakan anda boleh menghalang keperluan kecemasan sebenar dari pihak berkuasa. Sebaliknya, berilah sokongan kepada rangkaian komunikasi yang diperlukan oleh ham Miami. Periksalah pada rangkaian tempatan anda untuk melihat sama ada terdapat apa-apa pesanan yang perlu disampaian ke lokasi anda.

Anda perlu membantu untuk menyalurkan maklumat keluar dari kawasan bencana, bukan memaksa masuk. Dengar, dengar, dengar. Itulah nasihat terbaik pada setiap masa.