Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir

E-mail Print PDF

Sebelum banjir, pastikan anda telah membuat persediaan:

 

  • Ketahui pelan kecemasan komuniti di tempat anda, isyarat amaran, laluan menyelamatkan diri dan lokasi pusat pemindahan

  • Pasang injap atau palam penyumbat pada parit, tandas dan saluran air lain untuk menghalang kemasukan air banjir

  • Sediakan kit bekalan kecemasan dan dengar radio atau TV untuk sebarang maklumat

  • Jangan simpan barangan berharga di tingkat bawah rumah. Ia boleh rosak sewaktu kejadian banjir

  • Pastikan peti suis dan meter utiliti di rumah anda diletakkan di tempat tinggi atau melebihi paras banjir

  • Tutup semua suis utiliti jika terpaksa berpindah

  • Isi air bersih ke dalam takungan/ tab mandi, sinki dan botol plastik

  • Bawa masuk ke dalam rumah atau ikat dengan ketat barangan luar rumah seperti perabut taman dan tong sampah

  • Isikan kereta dengan minyak petrol penuh dan pastikan kit kecemasan kereta dalam keadaaan baik

  • Jika tiada kenderaan, hubungi saudara mara atau rakan untuk menumpang

  • Letakkan haiwan peliharaan dan belaan di tempat selamat. Pusat pemindahan tidak membenarkan haiwan atas sebab kesihatan

  • Laraskan suhu peti ais pada paling sejuk

  • Dapatkan insuran banjir

Bila banjir berlaku:

 

  • Keluar dari rumah dan berpindah segera jika diarahkan oleh pihak berkuasa

  • Bawa barangan yang sedikit bersama anda

  • Keluarkan palam/plag dari semua peralatan elektrik bagi mengelak kejutan elektrik apabila tenaga elektrik disambungkan semula nanti

  • Patuhi laluan menyelamatkan diri

  • Berpindah ke kawasan tinggi serta merta

  • Jangan memandu kenderaan melalui air banjir. Kereta akan mudah dibawa air deras

Selepas kejadian banjir:

 

  • Elakkan dari mendapat jangkitan penyakit. Basuh tangan anda dengan sabun dan air yang telah dijerang atau dibersihkan sebelum menyedia makanan atau makan, selepas mengguna tandas, selepas membersihkan makanan dan selepas memegang barangan yang telah dicemari oleh air banjir

   

  • Pastikan makanan anda selamat untuk dimakan:

o    Jangan makan makanan yang telah dicemari oleh air banjir

o    Guna makanan dalam tin yang tidak memerlukan bancuhan air untuk bayi (seperti susu yang perlu dibancuh dengan air terlebih dahulu)

o    Buang makanan dalam peti sejuk yang telah terdedah kepada suhu bilek melebihi dari dua jam dan yang telah berbau, bertukar warna atau bentuk

 

 

  • Pastikan air minuman bersih:

o    Jangan guna air yang telah dicemari untuk membasuh pinggan, memberus gigi, membasuh dan menyediakan makanan, membasuh tangan, membuat ketul ais atau membancuh susu bayi. Anda boleh guna pencuci berasaskan alkohol bagi membasuh tangan

o    Jika anda guna air dari botol, pastikan ia dari sumber yang selamat. Jika anda tidak tahu sumber air, jerang air atau rawati air tersebut sebelum mengguna

o    Menjerang air selama satu minit boleh menghapuskan kebanyakan dari kuman 

 

 

  • Mengendali Haiwan:

 

    • Banyak haiwan liar terpaksa lari dari habitat mereka di samping haiwan peliharaan yang kehilangan rumah selepas banjir. Jagalah haiwan-haiwan ini dengan baik

    • Jangan cuba menakut-nakut atau menangkap haiwan-haiwan ini

    • Jika ada haiwan yang perlu dipindahkan, hubungi pejabat haiwan berhampiran kawasan anda.

    • Jika anda dipatuk ular, dapatkan bantuan perubatan. Cuba pastikan juga jenis ular supaya penawar bisanya dapat diberi

 

  • Mengendali Tenaga Elektrik dan Utiliti:

    • Tutup saluran tenaga elektrik dan gas bagi mengelakkan kejutan elektrik, api dan letupan

    • Guna lampu suluh dan bukannya lilin, pelita atau obor. Jika anda terbau atau mengsyaki gas bocor, tutup gas, buka semua tingkap dan tinggalkan rumah segera

    • Beritahu balai bomba serta jangan buka lampu atau lakukan sesuatu yang boleh menyebabkan percikan api

    • Elakkan talian elektrik yang tumbang/ terjatuh, terutamanya di dalam air. Semua peralatan elektrik mestilah dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Minta juruelektrik bertauliah periksa peralatan ini jika ragu-ragu

 

  • Membersih Rumah:

 

    • Dinding, lantai dan permukaan rumah mestilah dicuci dengan sabun dan air yang bercampur bahan peluntur dengan campuran 1 cawan peluntur kepada 20 liter air

    • Basuh kain dan langsir dalam air panas atau cuci-kering

    • Barangan yang tidak boleh dicuci seperti tilam dan sofa hendaklah dijemur pada matahari serta disembur dengan bahan penyahjangkit

    • Permaidani pula boleh di cuci-wap

    • Jika ada air kumbahan yang terperangkap di dalam rumah, pakai kasut getah dan sarung tangan kalis air sewaktu kerja membersih

    • Buang dan gantikan barangan rumah yang telah dicemari yang tidak lagi boleh dibersihkan seperti kertas dinding dan kain hamparan

Di mana boleh dapatkan maklumat lanjut?