Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

MKN 20

E-mail Print PDF

Satu mekanisme / garis panduan pengurusan bencana di Malaysia

KEJADIAN BENCANA YANG SERING DIHADAPI

Banjir

Bencana yang kerap dihadapi terutama pantai timur termasuk utara dan Johor

Tanah Runtuh

Sering terjadi di lereng bukit- Tragedi TanahRuntuh di Bukit Lanjan. Highway PLUS Gua Tempurung- Rumah Jen (B) Tan Sri Ismail

Runtuhan Struktur

Termasuk runtuhan seperti bangunan tinggi - Tragedi Highland Towers

Bencana Yang Mungkin Dihadapi

Gempa Bumi

Tornado / Taufan

Tsunami

El Nino

Sejarah MKN 20

18 Mei 1994 diwujudkan organisasi Pengurusan Bencana Besar di darat di tempat kejadian – Keselamatan Negara ( BKN ), Jabatan Perdana Menteri ( JPM ) untuk menyelaraskan tugas mencari dan menyelamat.
Ini kerana tiada agensi yang bertanggung jawab untuk menyelaraskan mekanisme pengurusan bencana termasuk JPAM kerana kekurangan pengalaman dan peralatan

TAKRIF BENCANA
Sesuatu kejadian secara mengejut, dengan kehilangan Nyawa, kemusnahan pada harta benda, alam sekitar dan
menjejaskan aktiviti masyarakat setempat

Special Task Force For Disaster

Kemalangan Udara :

- Ditangani oleh Department Civil Aviation DCA

Kemalangan Nuklear

- Ditangani oleh Agensi Tenaga Atom Malaysia

Kemalangan Maritim :

- Ditangani oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)

TAHAP-TAHAP BENCANA

Tahap 1
- Peringkat Daerah.Tidak merebak ke daerah lain

Tahap 2
- Peringkat Negeri.Merebak melebihi satu daerah dalam satu negeri

Tahap 3
- Peringkat Negara.Merebak melebihi satu negeri dalam Malaysia

Agensi Yang Terlibat Dalam MKN20.

PERISIKAN BENCANA

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA JABATAN REMOTE SENSING MALAYSIA (MACRES)JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN JABATAN KERJA RAYA JABATAN ALAM SEKITAR JABATAN MINERAL DAN SUMBER ASLI JABATAN PENERANGAN

COMMAND & CONTROL

POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

RESPONDERS

JABATAN PERTAHANAN AWAM (JPAM)JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

RELIEF

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT KEMENTERIAN KESIHATAN RED CRESCENT (PBSM)

BAHAGIAN KESELAMATAN NEGARA (BKN)

•Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan
Bencana
•Memastikan Jawatankuasa melakasanakan tugas dengan baik
•Menentukan Pos-mortem diadakan selepas bencana •Ketua Pengarah BKN menentukan penugasan SMART
•BKN menyediakan peruntukan keperluan Peranan BKN dalam pengurusan dan bantuan bencana negara.

CHAIN OF COMMAND


ARAHAN

PERINTAH DAN KAWALAN
Dua peringkat perintah dan kawal diwujudkan
> Pos Kawalan Tempat Kejadian ( PKTK )
> Pusat Kawalan Operasi Bencana ( PKOB )
POS KAWALAN TEMPAT KEJADIAN ( PKTK )
Ketua Polis Daerah akan membuka bila kejadian Bencana diputuskan PDRM dan agensi lain menjalankan Pos Kawalan dan peranan tugas:

PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA ( PKOB )
Dibuka mengikut peringkat – Pejabat daerah, Bilik Gerakan
BKN, PDRM
Mempunyai alat komunikasi yang lengkap untuk hubungi PKTK

CARTA PERANAN AGENSI-AGENSI YANG TERLIBAT DALAM PENGURUSAN BANTUAN BENCANA DIT EMPAT KEJADIAN


GARIS PANDUAN – CARTA ALIRAN FASA PERGERAKAN DALAM PENENDALIAN BENCANA

CARTA PENYALURAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI PENGURUSAN DAN BANTUAN



ZON-ZON OPERASI

> Zon Merah
> Zon Kuning
> Zon Hijau
Zon Merah – Kawasan operasi khas tempat kejadian, agensi
kepakaran, SMART, JBPM, PDRM, ATM, JPK dan agensi
yang mempunyai kepakaran khas
Zon Kuning – Kawasan mengeliling zon merah,
menempatkan PKTK, SMART, PDRM, ATM, JPK, Pasukan
khas dan JPAM
Zon Hijau – Mengeliling zon kuning, agensi bantuan JKR,
JKM, TNB, STMB, RELA, PBSM dan penempatan Media,
Kaunseling,makanan, tempat rehat dan mayat


 

PENGISYTIHARAN KEADAAN MALAPETAKA
Dibuat oleh eksekutif YAB PM atas syor Jawatankuasa
Pengurusan Bencana dan Bantuan Bencana Pusat
Apabila diistiharkan semua kos dikendalikan oleh Kerajaan
Persekutuan.

AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN BANTUAN BENCANA PUSAT

KEAHLIAN :
Pengerusi : YB. Menteri yg dilantik oleh YAB PM
Ahli-ahli : YB. Menteri Kewangan
YB. Menteri Perpaduan & Pembangunan
Masyarakat
Ketua Setiausaha Negara
Panglima Angkatan Tentera
Ketua Polis Negara
Ketua Pengarah Kesihatan
Ketua Pengarah Keselamatan Negara
Ketua Pengarah Jabatan Bomba

AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN BANTUAN BENCANA PUSAT

Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan TenagaAtom
Ketua Pengarah Penyiaran
Ketua Pengarah Penerangan
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan
Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam
Ketua Pengarah Jabatan Kerja raya
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat
Ketua Pengarah Jabatan Kesel;amatan dan
Kesihatan Pekerjaan
Ketua Pengarah Perkhidmatan Kajicuaca M’sia
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam
Ketua Pengarah Jabatan Kajibumi
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran
Wakil Peguam
Pengarah Belanjawan Kementerian K’Wangan

TUGAS-TUGAS JPAM SEMASA BENCANA

* Membantu menjalankan kerja-kerja menyelamat
* Membantu dan menyelia serta menyelenggara pusat pemindahan dan menyediakan makanan pada mangsa
* Membantu dlm memberi pertolongan cemas mangsa jika perlu

TUGAS-TUGAS AGENSI LAIN

PASUKAN MENCARI DAN MENYELAMAT KHAS MALAYSIA (SMART)
Mencari dan menyelamat mangsa dlm kejadian bencana
yg memerlukan bantuan pakar. ( Arahan No 19 )


POLIS DIRAJA MALAYSIA
> Memaklumkan pada agensi berlakunya bencana
> Koordinasi gerakan bencana
> menubuhkan Pos Kawalan
> Mengawal kawasan bencana
> Mencari dan menyelamat nyawa dan harta benda
> Menjalankan siasatan ke atas berlakunya bencana
> Melindungi harta benda
> Membantu melindungi nyawa/harta benda
> Mengumpul dan melindungai maklumat utk siasatan
> memberikan perkhidmatan pengangkutan udara

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
> Mencari dan menyelamat yg terperangkap
> Mencegah insiden menjadi besar
> Mengumpil maklumat dan kaji bahaya
> Berkerjasama dgn polis membuat sempadan / zon
> Memastikan keselamatan semua petugas
> Mengambil kira kesan insiden
> Berkerjasama dgn pegawai perubatan
> Membantu pihak polis mencari mangsa
> Menjalankan siasatan dan menyediakan laporan dan bukti.
> Sentiasa bersedia dikawasan insiden


ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
* Membantu khidmat anggota

* Membantu menyediakan kenderaan , darat, Udara dan laut
* Membantu keperluan peralatan jentera
* Menyediakan khidmat kepakaran
* Membantu kerja binaan
* Menyediakan khidnat penyelam
* Melaksanakan kerja-kerja mencari dan menyelamat
* Menyediakan ambulance utk pertolongan cemas
* Menyediakan pegawai perantaran
* Memberikan khidmat bantuan segera


PERKHIDMATAN PERUBATAN KECEMASAN
* Memberikan perkhidmatan rawatan kecemasan
* Merawat kecemasan utk mangsa terperangkap
* Memberikan perkhidmatan ambulan , pra-hospital dan pengangkutan


PERKHIDMATAN PANGKALAN PERUBATAN
* Memberi rawatan kecemasan utk mangsa dan penyelamat
* Memberikan perkhidmatan forensik
* Memberikan pembekalan ubat-ubatan
* Memberikan khidmatan kesihatan dan kawalan penyakit
* Khidmat psikologi ( Post trauma )