Kelab Radio Amatur Komunikasi Bencana

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Peperiksaan Radio Amatur Siri Pertama Tahun 2012

E-mail Print PDF

Bagi memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri pertama bagi tahun 2012 bagi memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti berikut.

No. Siri
Peperiksaan
Tarikh Dan Masa
Peperiksaan
Tarikh Tutup
Permohonan
Pusat Peperiksaan
(Wilayah)
RAE 2012-1 27 Jun 2012
Jam 2.00 Petang
11 Mei 2012
Jam 5.00 Petang
Tengah, Utara, Selatan
Timur, Sabah, Sarawak

Kelayakan bagi menduduki peperiksaan adalah seperti berikut:

1. Berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan dilangsungkan; dan

2. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (Bagi bukan warganegara, sila rujuk mana-mana pejabat SKMM untuk pengesahan kelayakan).

Permohonan boleh dibuat sama ada melalui perkhidmatan atas talian (online) atau secara manual dengan menggunakan borang permohonan bercetak. Permohonan atas talian (online) boleh dibuat terus ke URL http://sems.skmm.gov.my.

Untuk permohonan secara manual, borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta bayarannya dan satu salinan dokumen pengenalan diri pemohon (Kad Pengenalan, Kad Kuasa atau Pasport) hendaklah dihantar ke pejabat wilayah SKMM yang sepadan menurut pusat peperiksaan yang dipilih seperti di bawah.

Pilihan Pusat
Peperiksaan
Alamat Pejabat Wilayah SKMM bagi penghantaran
borang permohonan
Nombor untuk
dihubungi
UTARA Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Utara
Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji, Jalan Bagan Luar
12000 Butterworth, Pulau Pinang
Tel: +604 3238 228
Fax: +604 3239 448
TENGAH Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Tengah
Aras 17, Wisma SunwayMas
No 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C
Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Tel: +603 5518 7706
Fax: +603 5518 7710
SELATAN Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Selatan
Suite 7A, Aras 7, Menara Ansar, Jalan Trus
80000 Johor Bharu, Johor
Tel: +607 5564 700
Fax: +607 2278 700
TIMUR Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Timur
B8004, Tingkat 1, Sri Kuantan Square
Jalan Teluk Sisek, 25000 Kantan, Pahang
Tel: +609 5150 078
Fax: +609 5157 566
SABAH Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Sabah
6-10-10, Tingkat 10, No. 6, Menara MAA
Lorong Api-Api 1, Api-Api Centre
88000 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: +608 8270 550
Fax: +608 8253 205
SARAWAK Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Sarawak
Aras 5 (Utara), Wisma STA
26, Jalan Datk Abang Abdul Rahim
93450 Kuching, Sarawak
Tel: +608 2346 500
Fax: +608 2331 901

Sila Tuliskan perkataan "RAE 2012-1" di sudut atas sebelah kiri sampul surat anda. Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) dan perlu dijelaskan melalui Wang POS Malaysia atau Deraf Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan atas nama "SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA" dan mestilah dikepilkan bersama brang permohonannya. Permohonan yang disertakan dengan lain-lain kaedah pembayaran akan ditolak.

Jumlah calon adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada permohonan awal yang diterima. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui laman sesawang rasmi SKMM dan melalui pos selewat-lewatnya 7 hari sebelum hari ujian dilangsungkan. Sila hubungi Cik Ida Khairuniah Idris (+603 8688 8265) untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan.

Klik
 
di sini untuk memuat turun borang permohonan